KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah yakin dapat mencapai sasaran lebih 1.7 juta ketibaan pelancong pada tahun ini berikutan negeri itu terus mencatatkan trend peningkatan sejak pembukaan sempadan pascapandemik COVID-19, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Beliau berkata Sabah mencatatkan 792,899 ketibaan pelawat dari Januari hingga April tahun ini terdiri daripada 565,424 pelancong tempatan dan 227,475 pelawat antarabangsa; peningkatan 94.1 peratus berbanding 408,530 bagi tempoh yang sama tahun lepas.
"Ini memberi petanda baik bagi Sabah memandangkan kami terus berusaha lebih banyak kesalinghubungan udara ke Sabah untuk meningkatkan 100 penerbangan antarabangsa mingguan semasa dengan kapasiti tempat duduk 18,164 dan penerbangan domestik sebanyak 366 dengan jumlah kapasiti tempat duduk 60,303," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Sementara itu beliau berkata kerajaan negeri memberi keutamaan dalam membangun dan meningkatkan kemahiran pengusaha pelancongan berasaskan komuniti (CoBT) dengan mengembangkannya ke seluruh Sabah bagi membantu lebih ramai pengusaha di kawasan luar bandar mendapat manfaat daripada peluang ekonomi itu.
Hajiji berkata CoBT telah diamalkan di banyak daerah di negeri itu termasuk di kawasan pedalaman dan Keningau, yang menjadi syurga pelancongan bagi penggemar pengembaraan, kebudayaan, alam sekitar, makanan dan sejarah.
Ketua Menteri berkata pada 2019, dua projek rintis CoBT di Kiulu, Tuaran dan Kadamaian, Kota Belud telah menunjukkan prestasi yang sangat baik dengan Kiulu menjana perolehan RM5.45 juta dan RM2.57 juta serta masing-masing menarik 54,000 dan 217,000 pelawat.
Hajiji berkata kerajaan negeri melalui Kementerian Pelancongan, Budaya dan Alam Sekitar negeri memperuntukkan RM10 juta di bawah inisiatif Sabah New Deal untuk memperbaiki infrasruktur asas pelancongan di kawasan luar bandar yang memanfaatkan bukan sahaja Keningau tetapi juga Nabawan, Tenom dan Tambunan.
"Kami juga berbangga kerana negeri lain di Malaysia seperti Terengganu, Melaka, Sarawak dan Pahang telah mencontohi Sabah untuk belajar daripada kejayaan kami memajukan industri pelancongan luar bandar.
"Kami yakin menjelang 2030, Sabah akan mencapai 80 peratus sasaran pematuhan standard ASEAN bagi CoBT di Sabah," kata Hajiji.
Sehingga kini Sabah telah memenangi pelbagai anugerah seperti Anugerah Pelancongan Berasaskan Komuniti ASEAN, Anugerah Inap Desa ASEAN, Pelancongan Kampung Terbaik Pertubuhan Pelancongan Dunia (UNTWO) dan Anugerah Kecemerlangan Majlis Kraf Dunia bagi Kraftangan, Rantau Asia Pasifik.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 19 2023
Hajiji berkata Sabah mencatatkan 792,899 ketibaan pelawat dari Januari hingga April tahun ini terdiri daripada 565,424 pelancong tempatan dan 227,475 pelawat antarabangsa. - Gambar fail/Astro AWANI
Ireland umum iktiraf negara Palestin
Pengumuman itu dijangka akan dibuat serentak dengan beberapa negara anggota Kesatuan Eropah (EU) lain iaitu Sepanyol, Slovenia dan Malta.
Netanyahu sifatkan pendakwaan ICC ke atasnya “keterlaluan”
Ketua Pendakwa Raya ICC didakwa Netanyahu telah mengeluarkan tuduhan berbahaya dan palsu.
PERKESO sasar 552 sekolah sertai ‘MYFuturejobs Career Exploration Programme’
Program ini beri pendedahan dan panduan hala tuju kerjaya kepada pelajar sekolah menengah atas sesuai dengan pasaran kerja semasa.
Ahmad Zahid ajak rakyat Malaysia beri sokongan kepada pasukan sepak takraw negara
Ahmad Zahid ajak orang ramai sokong pasukan sepak takraw negara yang akan menentang Thailand pada perlawanan akhir Piala Dunia Sepak Takraw 2024, hari ini.
Hipertiroidisme penyakit endokrin kedua sering didiagnosis selepas diabetes di Malaysia
Masalah itu boleh dikenal pasti menerusi gejala seperti kegelisahan, penurunan berat badan, tidak tahan panas dan berpeluh secara berlebihan.
Kerajaan serius gubal Dasar Gaji Progresif sektor swasta - PM Anwar
Kerajaan serius gubal Dasar Gaji Progresif melibatkan sektor swasta, selaras dengan penambahbaikan gaji dan elaun penjawat awam, kata PM.
MB Inc Perak rangkul Pemegang Lesen Terbaik Bahan Radioaktif
Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) menerusi anak syarikatnya, Amanjaya Global Sdn Bhd, diiktiraf sebagai Pemegang Lesen Terbaik untuk Kategori Bahan Radioaktif(Kawalan VI) bagi tahun 2021-2023.
Forum Air Dunia ke-10: Badan PBB gariskan dua acara untuk elak krisis air
ESCAP telah menekankan dua langkah yang boleh membantu memastikan kekurangan air bermusim, kemarau dan bencana berkaitan air tidak bertukar menjadi krisis yang berlarutan.
Kedutaan China lancar lagu khas sempena sambutan jubli emas Malaysia-China
Lagu berdurasi empat minit dan 19 saat itu telah dimuat naik di laman sosial Facebook rasmi kedutaan pada Selasa.
Nurul Izzah mahu 'berguru' dengan Mohd Azizulhasni, Muhammad Shah Firdaus
The Pocket Rocket Women mahu menimba ilmu dengan Azizulhasni Awang serta Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang berpengalaman.
Sabah yakin berjaya sasar lebih 1.7 juta ketibaan pelancong tahun ini - Hajiji
Kerajaan Sabah yakin dapat mencapai sasaran lebih 1.7 juta ketibaan pelancong pada tahun ini berikutan negeri itu terus mencatatkan trend peningkatan sejak pembukaan sempadan pascapandemik COVID-19.